top of page
​Taska Nur Ulfah

Taska Nur Ulfah platfom pendidikan bagi anak-anak lelaki dan perempuan yang berusia 1 hingga 3 tahun. Sesi persekolahan mereka adalah berbentuk penjagaan harian (daycare) bermula 7:30 pagi hingga 6:30 petang. Diperingkat usia ini, mereka bukan sahaja diasuh malah turut dilatih sedari kecil untuk mengenal Tuhan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Smart Solat, zikir-zikir dan nasyid-nasyid mendidik jiwa yang sesuai diperingkat umur mereka.

Mereka juga diasuh dan dididik oleh guru-guru yang telah mengikuti Kursus Asuhan Permata dan Kursus Perkembangan Awal Kanak-kanak bagi membantu anak-anak dalam mengaplikasikan enam(6) teori perkembangan seperti;

  1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian

  2. Perkembangan Fizikal

  3. Perkembangan Kemahiran Awal Matematik dan Pemikiran Logik

  4. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

  5. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal

  6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Sistem Pengajaran

  • Menerapkan cinta dan kasih kepada Allah, Nabi, ibubapa dan juga kawan-kawan.

  • Membimbing dan mendidik kanak-kanak untuk berdikari menggunakan kemahiran dan juga bakat yang di kurniakan oleh Allah.

  • Mengajar dan membimbing menggunakan kaedah asas Bacalah Anakku.

  • Menggunakan teknik bermain sambil belajar.

  • Setiap anak-anak akan dinilai dan diajar/dididik mengikut kaedah atau pendekatan yang berbeza bagi setiap kanak-kanak dengan penuh sabar dan kasih sayang.


Sesi pembelajaran

  • Kanak-kanak akan selalu dipantau dan dididik mengikut pendekatan yang berbeza mengikut pemerhatian pendidik, bagi memudahkan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti semasa sesi pembelajaran.

  • Kanak-kanak juga akan dididik/bimbing untuk berdikari melakukan aktiviti semasa sesi pembelajaran sambil dipantau oleh pendidik.

 

 

***Pendaftaran Taska Nur Ulfah dihentikan sementara.

© 2014 oleh Pusat Pengajian Pintar Soleh Nur Ulfah

bottom of page