top of page
Madrasah Pra Tahfiz Nur Ulfah

Madrasah Tahfiz Nur Ulfah ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan kepada anak-anak lelaki dan perempuan yang berumur 7 hingga 12 tahun dengan sesi persekolahan bermula 7.30 pagi sehingga 5:30 petang. Selain itu, sekolah juga menyediakan perkhidmatan berasrama bagi pelajar perempuan juga Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi sesi pagi dan petang untuk anak-anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan.

 

Madrasah ini ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan jiwa generasi yang cintakan Allah dan Rasul serta menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup. Selain itu, matlamat kami agar dapat melahirkan pelajar yang hormat dan taat pada Allah, Rasulullah, ibubapa serta semua golongan masyarakat. Pendidikan yang diterapkan bercita-cita agar dapat membimbing golongan pelajar dalam menentukan hala tuju hidup mereka sebagai hamba Allah yang soleh, membentuk khalifah-khalifah Islam yang pandai berdikari dengan menggunakan bakat/kemahiran yang dikurniakan Allah sebaiknya, mendidik golongan masyarakat yang bukan setakat berilmu malah beradab dan berakhlak untuk dijadikan sebagai role model yang mampu dicontohi oleh masyarakat.

Antara matapelajaran yang dipelajari adalah
🌺Hafalan Juzuk Amma dan surah-surah pilihan

(Al-Kahfi, Al-Mulk dan sebagainya)

🌺Akademik

(Bahasa Malaysia, English, Matematik, Tulisan Jawi, Bahasa Arab, Pendidikan Jasmani)

🌺Diniah (Agama)

(Tauhid, Sirah, Fekah, Tajwid, Adab dan Akhlak)

🌺Praktikal dan amali solat
🌺 Bacaan Iqra' dan Al-Quran
🌺 Seni dan kebudayaan
🌺 Kemahiran hidup

(Memasak/bercucuk-tanam dan sebagainya)

© 2014 oleh Pusat Pengajian Pintar Soleh Nur Ulfah

bottom of page