
Tadika Tahfiz Cilik Nur Ulfah

Tahfiz cilik menyediakan pendidikan diperingkat tadika kepada anak-anak lelaki dan perempuan yang berumur 4 hingga 6 tahun. Sesi persekolahan mereka secara umumnya bermula 7:30 pagi hingga 12:00 tengah hari bagi hari Isnin sehingga Khamis. Manakala hari Jumaat dari 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Bagi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa atau tidak mempuyai kelapangan masa untuk mengambil anak setelah tamat sesi persekolahan, pihak sekolah menyediakan perkhidmatan penjagaan harian (daycare) sehingga 5:30 petang.
Pendidikan yang diterapkan kepada anak-anak dengan harapan agar dapat meyakini bahawa Allah yang menjadikan segala-galanya termasuk diri kita, menanamkan rasa kehebatan dan syukur atas nikmat Allah, dan dapat mendidik diri sehingga mencapai adab/akhlak yang baik terhadap sesama makhluk. Mereka juga diterapkan rasa semangat dan cintakan Al-Quran, menghormati huruf-huruf juga ayat-ayatnya dan hukum yang terkandung di dalamnya.
Antara subjek pelajaran mereka ialah;
- Hafalan Surah dan Iqra
- Bahasa Arab
- Sirah
- Akhlak
- Tauhid
- Feqah
- Tulisan Jawi
- Bahasa Melayu
- English
- Matematik
- Sains
- Seni dan Kebudayaan Islam
Sistem pengajaran secara umumnya proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Kemahiran yang kami ketengahkan ialah seperti;
-
Kemahiran Lisan
- Untuk membiasakan kanak-kanak seawal usia 4 tahun bertutur dengan baik dan betul serta bersopan
-
Teknik Soal jawab
- Untuk menanamkan dalam diri kanak-kanak rasa berani dan menambahkan rasa yakin dalam diri.
-
Teknik Flashcard
- Untuk memudahkan kanak-kanak dapat mengenal/mengecam dengan baik ,serta dapat membantu ibu/bapa mengajar mana-mana subjek di rumah menggunakan flashcard.
-
Teknik belajar sambil bermain
- Melalui teknik ini akan mendatangkan keseronokan dan kepuasam kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan.
-
Teknik belajar secara berkumpulan
- Belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara rakan-rakan yang lain .